Saturday 2 May 2015

Special Offer Bulan May 2015


Hai semua..

hari ini 2hb Mei 2015. Seperti kebiasaan, Shaklee akan menawarkan harga promosi setiap bulan. Bulan ini sangat bertuah sebab, promosi berganda.




Terdapat 4 Set Kesihatan sedang promosi sepanjang Bulan Mei 2015.
Set Langsing
1. Cinch Shake Mix - 2 Botol - RM346
2. Cinch Tea - RM131
3. Herb-Lax -RM52.50
4. Vita Lea - RM88.75
5. Lecithin - RM52.50
Jumlah Set : RM670.75

Set Awet Muda
1. Vivix - 2 botol - RM950


 Set Ibu Berpantang
1. Esp - RM150
2. Alfalfa (s) - RM53.75
3. Vitamin C - RM92.50
4. B Complex - RM53.75
5. Vitalea - RM88.75
6. Ostematrix - RM61
Jumlah Set : RM499.75


Set Ibu Hamil
1. ESP - RM150
2. Vitamin C - RM92.50
3. Omega Guard - RM136
4. B Complex -RM53.75
5. VitaLea - RM88.75
6. Ostematrix - RM61
Jumlah Set : RM582



Oppss tunggu dulu..
ada yang lagiiii besstttt!

Kalau jadi ahli bulan ni, kita daftar (RM69) dengan pembelian mana-mana produk Shaklee, akan dapat FREE VITALEA (Bernilai RM88.75)

Rugi tau tidak daftar bulan ni. Beruntung korang kann. Dapat free gift.



Yeahhh!!
Gitulah gempaknya promosi sepanjang bulan Mei tahun ini.

Segala pertanyaan, boleh hubungi saya.

WHATSAPP : 013-8577278
TELEGRAM : 013-8577278
SMS : 013-8577278

FACEBOOK : Crist Inna 













Wednesday 22 April 2015

Bagaimana DHA menolong si manja anda menjadi lebih pintar?

Salam ceria untuk anda semua. Crist nak berkongsi mengenai kepentingan DHA terhadap perkembangan otak kanak-kanak.

APAKAH DHA?
Asid Dokosaheksanoik (DHA) adalah asid lemak rangkaian panjang yang tergolong dalam keluarga asid lemak Omega-3, Ia banyak terdapat di dalam otak. Tisu otak terdiri daripada kira-kira 50-60% lemak, 25% daripadanya adalah DHA, yakni dalam komponen selaput tersebut.

Minyak Ikan Terbaik





BAGAIMANKAH DHA MENOLONG SI MANJA ANDA MENJADI LEBIH PINTAR?

DHA bertindak sebagai "spring" yang menolong menolak mesej keluar masuk sel otak, dengan itu mempercepatkan komunikasi antara sel-sel otak dengan bahagian lain badan dan balik semula ke otak.

DHA bukan untuk otak sahaja, tetapi baik untuk penglihatan juga. Pengambilan DHA membantu dalam proses pematangan retina. Secepat mana kanak-kanak memproses maklumat dalam otak dan belajar banyak bergantung kepada sejelas mana dia melihat imej dan secepat mana mesej disalurkan di antara sel-sel otak. Keperluan terhadap DHA paling tinggi dalam 2 tahun pertama kanak-kanak. Dalam umur inilah saiz otak berkembang 3 kali ganda. Semasa anda memilih minyak ikan yang terbaik di pasaran, pastikan ianya tulen dan berkualiti.

Saya telah memberi anak-anak saya Omega Guard (Shaklee) sejak 1 tahun yang lalu. Saya mula berkenalan dengan brand SHAKLEE PADA FEBUARY 2014. Produk pertama yang saya cuba ialah Omega Guard. Tanpa disangka, pada bulan Mac 2014, prestasi anak-anak bertambah baik. Malah terkejut dengan keputusan yang diperolehi iaitu semua matapelajaran mendapat gred A**, A+. Sejak dari itu, saya sentiasa pastikan mereka mendapat bekalan Omega Guard. Stok sentiasa ada.

Tahukah anda??
Wanita mengandung wajib mengambil DHA untuk membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.

Di sini saya ingin kongsikan perbandingan kandungan DHA Omega Guard Shaklee dan beberapa produk di luar sana. Pilihan di  tangan anda.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk Omega (Shaklee), sila hubungi saya.

COD kawasan kk. Pos di luar kawasan kota kinabalu.
Pengeposan seluruh Malaysia.
013-8577278


Facebook: Crist Inna



Wednesday 25 February 2015

CUACA PANAS MELAMPAU SEHINGGA APRIL

Haii... semua..

Apa khabar? Sihat ke?
Harap-harap anda semua sihat ya.

Kali ni Crist nak berkongsi cerita dengan cuaca panas melampau bermula minggu ini dan dijangka berterusan sehingga awal bulan April. Cuaca panas dianggarkan meningkat suhu sehingga 38 darjah celcius. Panas ni dek oii..

Beberapa Tips untuk kita menghadapi cuaca panas. Foto ini di ambil dari sumber NajipRazak.com

Haaa... jangan abaikan tips di atas tau. Ia sangat penting bagi mengelakkan kita mengalami tahap dehirasi yang melampau. Apa pula kesan jika terdedah kepada cuaca panas melampau?

Pernah dengar tak Strok Haba?

Suhu tinggi menyebabkan komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan koma dan boleh menyebabkan kematian.

Tanda-tanda awal jika terkena Strok Haba:-
> Sakit kepala
> Rasa mual
> Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
> Denyutan nadi pantas

Cuaca panas dan kering menyebabkan meningkatnya kes demam, batuk dan selesema, ruam panas, dan banyak lagi.

Bagi mereka yang gemar minum minuman berkafien, alkohol dan berkarbonat, anda dinasihatkan menghadkan pengambilan sepanjang tempoh musim panas ini. Pengambilan minuman seperti ini boleh mempengaruhi fisiologi badan dan menyebabkan kita kehilangan cecair dalam badan.

Biasanya, kita akan mengambil jalan alternatif untuk 'menyejukkan' tubuh badan yang panas dengan mengambil minuman isotonik. Ya.. memang benar boleh membantu mengembalikan tenagan dan melegakan dahaga. TAPI! Anda perlu berhati-hati.... Kebanyakkan minuman isotonik di luar sana mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Apa kata anda mencuba minuman isotonik yang terbaik dan rendah kandungan gula!

Ceng..ceng...ceng...
Pernah dengar tak PERFORMANCE DRINK , produk Shaklee?

Kejap.. bagi gambar dulu...
Performance Drink-Shaklee




haaa... inilah diaaaa...
Rasa sedap berperisa oren.

Apa pula kebaikkan minuman ni?

Performance Drink dihasilkan pada tahun 1980-an lagi. Ia merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Performance Drink mengandungi elektrolit + Mineral (Sodium, Chloride, Magnesium, Kalsium & Potasium). Komponen ini membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Baik untuk sistem neuromotor ( tindak balas saraf dan otot).

Siapa yang memerlukan ?
  • para atlet
  • mereka yang berpuasa
  • sebelum dan selepas pembedahan 
  • tidur lewat malam 
  • fasting therapy
  • keletihan
  • penyahhidratan otot atau kulit 
  • vargina yang kering
  • cirit-birit
  • tiada selera makan 
  • rendah paras gula 
  • rasa pening
Saya cerita sikit pengalaman saya minum Performance Drink. Awal tahun ini, saya diserang demam dan muntah-muntah. Kalau dah demam, memang selera makan kurang. Sepanjang tempoh demam tu, saya minum 1 gelas besar Performance Drink. Syukur ... walaupun saya tidak makan, tapi badan tidak terlalu lemah. Sangat baik untuk mereka yang mengalami cirit-birit.

Okey.. sudah habis cerita..

apa lagi...
Jom simpan stok 1 tong kat rumah.

Whatsap Crist terus untuk dapatkan produk ini!
013-8577278

Salam ceria... :D


Sunday 1 February 2015

PROMOSI FEBRUARY 2015



SELAMAT PAGI SEMUA... DAN BERTEMU KEMBALI..

Hari ini Crist update promosi Shaklee di bulan February 2015.
Bulan ni sangat terkejut sebab ada promosi tergempak!
1 Bulan ini ada 4 produk sedang promosi!



PROMOSI FEBRUARY 2015




1. Vita-Lea untuk orang dewasa

2. OsteMatrix

3. Vita-Lea untuk kanak-kanak

4. Advance Joint Health

OK.. saya akan berkongsi kebaikkan ke-4 empat produk ni secara detail.

VITA-LEA ( ORANG DEWASA)

Iron formula.
Vita-lea sumber Multivitamin & Multimineral kerana mengandungi Vitamin A,B,C,D,E, BIOTIN, ACID FOLIC, CALCIUM, MENGESIUM, ZINC, COPPER, IRON dan banyak lagi.

Vita-Lea boleh :-
Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
Menyokong jangka hayat hati, usus, dan kesihatan mata
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
Memberikan perlindungan terhadap kerosakkan akibat serangan radikal bebas.

* Fungsi Vita-Lea (Kanak-kanak) adalah sama fungsi dengan Vita-Lea (Dewasa)

OSTEMATRIX

Mengandungi calcium, Megnesium, Vitamin D dan banyak lagi.
OsteMatrix suplemen khas untuk kesihatan tulang dengan campuran tulang berkualiti tinggi bagi meningkatkan daya penyerapan kalsium dan membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat.

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
Membantu anda kekal bergerak bebas!
Membantu anda meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.
Membantu mengekalkan tulang rawan
Memelihara tisu penyambung yang sihat.

VITA-LEA ( KANAK-KANAK)
Vitamin ini sama fungsi dengan Vita-Lea Dewasa. Cuma untuk kanak-kanak ia boleh dikunyah. Rasa yang sedap (manis dan asam sedikit).

Tempoh promosi sah dari 01 - 28 February 2015 sahaja!

Anda boleh mendapatkan produk ini dengan menghubungi nombor yang tertera. 

SMS / WHATSAPP / 013-8577278 / CRIST

FACEBOOK / Crist Inna

WELCOME FEBRUARY!


Thursday 18 December 2014

JADILAH SURIRUMAH YANG BIJAK!


Halo..
Salam ceria dan selamat bertemu kembali. Saya harap anda dalam keadaan yang sihat sejahtera saat ini. Sekiranya anda salah seorang surirumah, anda bertuah kerana hari ini saya akan berkongsi kelebihan Basic H2 organic super cleaning concentrate. Apa pula kegunaan produk ini??? Apa kena mengena dengan surirumah??? Kejap lagi saya kongsikan.



Pencuci Serbaguna


Basiic H2 sangat diperlukan dalam semua kerja pembersihan rumah! Kenapa??? SEBAB pencuci ini 1001 kegunaan. Haa... itu yang saya nak sampaikan kepada anda semua. Kita hanya guna satu produk untuk semua kerja pembersihan di rumah. Bukankah Jimat begitu??? Tidak perlu nak beli sabun untuk cuci bilik mandi, lap lantai, lap peralatan dapur seperti periuk, kuali, dapur gas, semuanya boleh guna (satu) produk sahaja. Percaya atau tidak! 1 botol (16oz) boleh menghasilkan 48 gelen pembersih berkuasa apabila dicampur dengan air! Pembersih sebaguna ini boleh menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari permukaan mana-mana yang boleh dibasuh, di dalam dan di luar. Formula bebas calar pula tu.

Bagaimana nak guna?

* Untuk pembersihan biasa - tambah 1/4 sudu, campur dengan 16oz air.
* Untuk tingkap dan cermin - 1-2 titik dicampur dengan 16oz air.
* Untuk membersih gris / berminyak - 1 1/2 sudu teh campur 16oz air.
* Untuk kerja yang lebih besar (mengelap lantai) 2oz ditambah dengan 1 gelen air.

Anda PERLU tahu!

Kebanyakkan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan beracun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan pencuci super organic BASIC H2 tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

KENAPA ANDA PERLU MENUKAR BAHAN PENCUCI KEPADA BASIC H2 SHAKLEE???
Kerana ianya SELAMAT!

Tidak mengandungi bahan toksik
Tanpa gas beracun
Tanpa bahan kimia berbahaya
Tiada bahan pewangi
Lembut pada tangan
PH seimbang
Tanpa klorin

Kerana ianya BERKESAN!

Berkesan menanggalkan kotoran yang berminyak
Kepekatan berganda - 16oz boleh dicairkan dengan 48 gelen air

Ianya Mesra Alam
Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa. Tanpa fosfat. Bekas botol boleh dikitar semula, dan juga selamat untuk sistem pembentungan.
Saya ingin berkongsi pengalaman pembersihan peralatan dapur saya sendiri. Hari ini, secara tidak sengaja, saya telah 'menghangitkan' periuk. Hehehe... saya pasang api, tapi lupa pula nak tutup. Sedar-sedar, dah terbau bau hangus. haaa... baru ingat, tadi pasang api masak sup. Aduhhh!!!.... panik kejap... dapur sudah dipenuhi asap!. Cepat-cepat tutup api, dan buka penutup periuk. Alamakkkk... dah kering, hitam lagi, hangus teruk!!. Sedihnya... sudah lah sup dah kering, periuk ku juga turut hangussss.... Saya biarkan sekejap, sehingga periuk dah sejuk.

Teringat ada rakan pengedar Shaklee, pernah post di Facebook, boleh bersihkan periuk yang sudah lapuk (hitam legam). Saya pun ambil lah Basic H2. Kerja pembersihan bermula. Saya dahulukan badan periuk kerana hitam berabisss.. Wooowwww.. tanpa sental kuat, yang hangus dan hangit tu, mudah saja tanggal tauu.. Bestnya..! Sudah siap cuci badannya, baru teringat nak share dengan orang ramai pulakkk.. Tapi.... jangan risau, saya sempat ambil gambar pentutp periuk tu. Sebelum cuci dan selepas cuci.. Memang berkilat!!!

Anda sendiri lihat!
Testimoni Basic H2


 Haa.... berkilat kann? kan?? Selepas dah bersih berkilat, periuk tu dapat diselamatkan dan boleh digunakan lagi.

Ada lagiii....Saya juga rasa perbezaan guna produk lain dengan Basic H2 untuk mengelap lantai. Kita guna produk ni, selain lantai kotor cepat bersih, lantai juga tidak melekit / melekat  lantai kering. Sebelum ni, lap lantai guna produk yang ada di pasaraya, lepas dah kering kita lap lantai, rasa melekit dan masih berminyak!. Selepas berkenalan dengan produk pencuci serbaguna ni, saya dah jatuh hati!. Tidak mau guna bahan pencuci yang lain lagi!. Kerja saya sebagai surirumah dah jadi senangggg. Dan jimat pula tu. Tak perlu beli banyak jenis untuk bersihkan seluruh rumah. Hanya guna (satu) bahan pencuci sahaja. Selamat pula tu... Bertuah badan! hihihi..

Anda mahu berjimat macam saya??
Mahu kerja susah jadi senang??

Dapatkan produk ini sekarang!!!
Jadilah surirumah yang Bjiak!!!
Untuk tempahan produk,
Boleh hubungi saya melalui :-

WHATSAPP ~ 013-8577278 ~ FACEBOOK ~ Crist Inna
Blog : www.superstarvitamin.blogspot.com

Pengedar Sah / Luyang / Kota Kinabalu, Sabah
COD sekitar KK.
Pos laju di luar kawasan KK.

Saya tinggalkan anda dengan kata-kata hikmah.

Semoga kita akan bertemu lagi dalam perkongsian yang lain.

Salam Manis dan Salam Mesra.






Saturday 13 December 2014

Risiko Kekurangan Nutrisi

Akibat kekurangan nutrisi
Salam ceria dan bertemu kembali kepada anda semua.
Crist kali ini akan berkongsi sedikit info mengenai gejala kekurangan nutrisi dan risiko kekurangan nutrisi dalam tubuh badan.


Makanan merupakan kepentingan asas manusia dan penting bagi memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Dalam setiap makanan, ia mengandungi sekurang-kurangnya 1 jenis nutrien.

Jenis-Jenis Nutrien
> Karbohidrat
> Protien
> Lemak
> Vitamin
> Mineral

Karbohidrat
Secara amnya, karbohidrat penting sebagai sumber tenaga. Sumber karbohidrat dalam makan seperti gula, madu, jam, buah-buahan, roti, jagung, mi kuning dan banyak lagi.
Sekiranya karbohidrat dalam diet tidak cukup, tubuh menukar protien kepada glukosa supaya tenaga dapat dibekalkan. Glukosa mempunyai pengaruh yang khusus, iaitu penting bagi mengawal keutuhan tisu saraf dan satu-satunya sumber tenaga bagi otak. Kekurangan glukosa ataupun oksigen bagi pengoksidaan, merosakkan otak dan keadaan ini tidak mungkin dapat dipulihkan.


Protien
Protien merupakan bahan asas bagi pembentukkan badan. Setiap aktiviti dan fungsi fisiologi dalam badan manusia dijalankan oleh protien. Tanpa protien, badan kita runtuh seumpama runtuhnya rangka keluli pada bangunan. Protien juga terlibat dalam fungsi sistem imun badan. Protien akan bergabung dengan antibodi bagi membawa keluar toksin daripada badan. Sumber protien seperti daging haiwan dan kekacang.

Lemak Lemak tidak larut dalam air. Ia penting dalam pembentukkan tisu dan sel badan serta sebagai sumber tenaga badan yang utama. Lemak penting dalam badan, tetapi boleh menyebabkan pelbagai penyakit sekiranya berlebihan ataupun kekurangan. Terdapat 2 jenis lemak iaitu Lemak Jahat (LDL) dan lemak baik (HDL). Tahukah anda? Lemak membekalkan 40% tenaga kepada tubuh. Lemak juga membantu pengangkutan dan penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A,D,E & K. Sumber lemak seperti kuning telur, hati, ginjal, telur ikan, keju dan mentega.

Vitamin
Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit.
Antara vitamin yang diperlukan oleh tubuh ialah Vitamin A, B, C, D, E & K. Vitamin A, D, E. & K merupakan vitamin larut dalam lemak. Vitamin ini dapat disimpan dalam lemak dan tidak perlu diambil / dibekalkan setiap hari.

Risiko Kekurangan Vitamin dalam badan

* Kekurangan Vitamin A - menyebabkan pertumbuhan tulang terencat / menyebabkan perubahan bentuk tulang.

* Kekurangan Vitamin D - sama gelaja dengan kekurangan kalsium. Tulang tidak dapat membentuk secara normal. Tulang menjadi lembuh, lemah dan mudah patah.

* Kekurangan Vitamin E - ia menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan, bayi tidak cukup berat atau kanak-kanak yang sistem tubuhnya tidak menyerap bahan berlemak dengan sempurna. Kekurangan vitamin ini juga boleh menyebabkan kecacatan sistem saraf. Bagi golongan wantia, kekurang vitamin ini boleh menyebabkan kemandulan, penuaan kulit sebelum masa, rambut gugur dan Anemia.

* Kekurangan Vitamin K - darah tidak dapat membeku. Boleh menyebabkan pendarahan pada gusi, hidung, usus dan salur kencing. Walau bagaimanapun, jarang berlaku kekurangan vitamin K, hanya terjadi kepada bayi kerana sistem pencernaan bayi yang baru lahir tidak mengandungi bakteria yang dapat mensintesiskan vitamin K.

*Kekurangan Vitamin B - Badan cepat letih, hilang selera makan, sering gelisah, mengalami gangguan tidur, sakit pada bahagian abdomen, sembelit dan gangguan mental / emosi dan Anemia (Kurang sel darah merah dalam badan).


* Kekurangan Vitamin C - Belaku pendarahan disekitar gigi, bengkak gusi. Boleh menyebabkan penyakit Skuvi ( pendarahan pada badan, lebam-lebam dan gusi berdarah, gig mudah tercabut, pendarahan ke dalam otot dan sendi). Gejala lain ialah kulit kasar, luka lambat sembuh, sering diserang infeksi dan lemah sistem imunisasi badan.

* Kekurangan Mineral - tahap metabolisma yang rendah, lemah badan, lemah otot, masalah jantung, kurang selera makan, tulang rapuh dan mudah patah dan banyak lagi.

Keperluan Nutrisi dapat dipenuhi dengan mengambil diet yang mengabungkan kesemua makanan dalam Piramid Makanan.




Piramid Makanan adalah panduan bagi memilih makanan secara sihat. Diet sihat penting bagi membekalkan nutrien dan kalori. Makanan yang sihat juga mempunyai kandungan serat yang tinggi dimana bertindak sebagai melawaskan air besar, mengurangkan sembelit, penyakit usus, buasir dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat menghilangkan dahaga dan rasa lapar, merangsang dan melawaskan sistem penghadaman, membantu mencegah sembelit dan membantu mencegah penyakit kanser. Namun begitu, beberapa faktor perlu dititikberatkan semasa pengambilan makanan iaitu faktor jantina, umur, saiz badan, berat badan, aktiviti / pekerjaan, iklim, taraf kesihatan dan kumpulan tertentu misalnya ibu mengandung, ibu menyusu dan kumpulan vegetarian.


Crist harap segala perkongsian ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua.

MAKAN SECARA SEDERHANA,
BADAN SIHAT, MINDA CERDAS!

Sekiranya anda mengalami simptom kekurang vitamin seperti di atas, anda boleh dapatkan vitamin / makanan tambahan dari PRODUK SHAKLEE. ANTARA PRODUK SHAKLEE :-




Vivix Shaklee- sumber antioksidan yang terbaik!
Vita - Lea - Multivitamin terbaik
Vitamin C 
B Complex 
Vitamin E


> Vivix
> Vita-Lea
> Vitamin C
> B Complex
> Vitamin E
dan banyak lagi.

Untuk Tempahan :

Whatsapp terus - 013-8577278 / Crist

Senarai harga produk ada di bahagian menu atas.



Sekiranya anda ingin mengikuti info semasa dari saya, sila klik flowwers di bahagian atas, sebelah kiri anda.

Ataupun add saya sebagai rakan di Facebook 


 Crist Inna

WhatsApp / 013-8577278 / Crist



Thursday 4 December 2014

Tips Berdepan Kaum Adam yang Panas Baran


Salam ceria untuk anda!

Kali ni, Crist nak berkongsi tips berdepan dengan lelaki panas baran. Bila kita berdepan dengan lelaki panas baran, mesti badan menggigil ketakutan. Badan seram sejuk rasanya.
'
3 Tips Untuk anda mengurangkan kemarahan Suami

1. Usah Merajuk

Merajuk adalah satu perkara yang slangat menjengkelkan bagi suami panas baran. Adakalanya kaum hawa ni, suka sangat bermanja dan suka dipujuk. Awas! lelaki panas baran tidak akan melayan anda merajuk, malah lebih emosi bila melihat anda merajuk. Apa kata, cari masa yang sesuai untuk anda bermanja. Tunggu 'mood' pasangan anda baik, inilah masa sesuai untuk bermanja.

2. Berfikiran Positif

Apabila si suami mula marah-marah tidak ketentuan, berhati-hati agar anda tidak 'terjangkit' naik angin. Ketika pasangan marah, dan mungkin meninggikan suara, cuba anda kawal nada suara. Bercakap secara lembut dan tenang. Pasti si dia akan surut kemarahan apabila dibalas dengan kata-kata yang lembut. Jangan balas dengan nada yang tinggi, ini akan menaikkan lagi amarahnya.

3. Luangkan masa bersama

Rancang aktiviti bersama setiap minggu. Semakin rapat anda bersama, semakin senang untuk memahami dan menyelami perasaan pasangan anda.

5 Bahasa Tubuh Lelaki yang perlu di fahami :-

1. Merenung Tajam
Sebenarnya perbuatan ini mengambarkan mereka seorang yang peminta dan ingin mengetahui apa yang mampu anda lakukan untuk mereka.

2. Rapatkan Badan
Apabila jejaka merapatkan badannya ketika berbual, ia melambangkan mereka seorang yang mempunyai daya penarik dan kadang kala ia boleh bersifat keterlaluan. Jadi, berhati-hati dengan jejaka ini.

3. Tangan dan badan asyik bergerak
Golongan ini seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai perasaan cinta yang sangat mendalam. Pergerakan ini melambangkan betapa besar cintanya kepada kamu sebagai bukti kesungguhannya.

4. Gemar Berdiri
Jika kamu duduk ketika bercakap, dan si dia berdiri, jenis lelaki ini sebenarnya suka mempengaruhi dan berkemungkinan mengongkong kehidupan kamu. Mereka juga suka mempergunakan kamu khususnya untuk kepentingan mereka sendiri.

5. Sensitif  Jarak
Lelaki seperti ini bukan bertujuan untuk menjauhkan diri sebaliknya mereka mementingkan keselesaan ketika bersama. Selain itu, mereka juga dikatakan lelaki yang memahami kehendak dan kemahuan pasangan. Emm.. bertuah badan dapat pasangan macam ni..

Sebenarnya, kita kena lebih sensitif setiap tingkah laku pasangan. Kita mungkin perlukan masa untuk memahami perasaan dan tingkah laku mereka. Komunikasi antara kedua-dua pihak sangat membantu untuk saling memahami.

Semoga hidup kita sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Sekian saja perkongsian saya hari ini.