Thursday 4 December 2014

Tips Berdepan Kaum Adam yang Panas Baran


Salam ceria untuk anda!

Kali ni, Crist nak berkongsi tips berdepan dengan lelaki panas baran. Bila kita berdepan dengan lelaki panas baran, mesti badan menggigil ketakutan. Badan seram sejuk rasanya.
'
3 Tips Untuk anda mengurangkan kemarahan Suami

1. Usah Merajuk

Merajuk adalah satu perkara yang slangat menjengkelkan bagi suami panas baran. Adakalanya kaum hawa ni, suka sangat bermanja dan suka dipujuk. Awas! lelaki panas baran tidak akan melayan anda merajuk, malah lebih emosi bila melihat anda merajuk. Apa kata, cari masa yang sesuai untuk anda bermanja. Tunggu 'mood' pasangan anda baik, inilah masa sesuai untuk bermanja.

2. Berfikiran Positif

Apabila si suami mula marah-marah tidak ketentuan, berhati-hati agar anda tidak 'terjangkit' naik angin. Ketika pasangan marah, dan mungkin meninggikan suara, cuba anda kawal nada suara. Bercakap secara lembut dan tenang. Pasti si dia akan surut kemarahan apabila dibalas dengan kata-kata yang lembut. Jangan balas dengan nada yang tinggi, ini akan menaikkan lagi amarahnya.

3. Luangkan masa bersama

Rancang aktiviti bersama setiap minggu. Semakin rapat anda bersama, semakin senang untuk memahami dan menyelami perasaan pasangan anda.

5 Bahasa Tubuh Lelaki yang perlu di fahami :-

1. Merenung Tajam
Sebenarnya perbuatan ini mengambarkan mereka seorang yang peminta dan ingin mengetahui apa yang mampu anda lakukan untuk mereka.

2. Rapatkan Badan
Apabila jejaka merapatkan badannya ketika berbual, ia melambangkan mereka seorang yang mempunyai daya penarik dan kadang kala ia boleh bersifat keterlaluan. Jadi, berhati-hati dengan jejaka ini.

3. Tangan dan badan asyik bergerak
Golongan ini seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai perasaan cinta yang sangat mendalam. Pergerakan ini melambangkan betapa besar cintanya kepada kamu sebagai bukti kesungguhannya.

4. Gemar Berdiri
Jika kamu duduk ketika bercakap, dan si dia berdiri, jenis lelaki ini sebenarnya suka mempengaruhi dan berkemungkinan mengongkong kehidupan kamu. Mereka juga suka mempergunakan kamu khususnya untuk kepentingan mereka sendiri.

5. Sensitif  Jarak
Lelaki seperti ini bukan bertujuan untuk menjauhkan diri sebaliknya mereka mementingkan keselesaan ketika bersama. Selain itu, mereka juga dikatakan lelaki yang memahami kehendak dan kemahuan pasangan. Emm.. bertuah badan dapat pasangan macam ni..

Sebenarnya, kita kena lebih sensitif setiap tingkah laku pasangan. Kita mungkin perlukan masa untuk memahami perasaan dan tingkah laku mereka. Komunikasi antara kedua-dua pihak sangat membantu untuk saling memahami.

Semoga hidup kita sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Sekian saja perkongsian saya hari ini.

No comments:

Post a Comment