Sunday 30 November 2014

Vitamin C & Vitamin E






Halo.. Salam Ceria buat anda.

Bulan December 2014, Shaklee promosi 2 produk.

Vitamin C -500gm - Beli 6 PERCUMA 1.  BELI 2, JIMAT 5%.

Vitamin E Complex - BELI 6 PERCUMA 1, BELI 2 JIMAT 5%.



Vitamin C dan Vitamin E Complex termasuk dalam Set Penjagaan Kulit.

Khasiat Vitamin C

  • Merangsang pembentukkan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Mampu menghalang kedut atau otot menjadi lembik. 
  • Memperbaiki sistem pendarahan. Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering dan kulit kasar.
  • Pengambilan Vitamin C setiap hari boleh menjadikan kulit anda semakin cerah, melambatkan proses penuaan, menyekat pembentukan pigmentasi.
Khasiat Vitamin E Complex
  • Melindungi Jantung. Pengambilan Vitamin E setiap hari mampu mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan koleterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri.
  • 1 kapsul Vitamin E, membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan / pigmentasi. Ia mampu memulihkan  tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha. 
  • Anti-oksidan yang kuat. Mengukuhkan sistem imun, menghalang & melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan radikal bebas. 
  • Menghalang keguguran pada janin
  • Memperbaiki parut. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut. 

Sempena Promosi bulan December,

Anda boleh memilih dua produk ini pada harga diskaun.

Anda boleh pilih secara rawak.

Harga Biasa Vitamin C - RM92.50
Harga Biasa Vitamin E - RM149

Sekiranya anda ambil set ( Vitamin C & Vitamin E) anda layak mendapat diskaun 5% dari harga asal.
Harga Asal Set -RM241.50
Harga selepas 5 % Diskaun - RM229  (Jimat RM12.50)



Cara memesan produk.

SMS / WHATSAPP / CRIST / 013-8577278

FB : Crist Inna  (sila klik nama di sebelah)



Blog : superstarvitamin.blogspot.com



Friday 14 November 2014

Kenapa Alahan Laktosa Terjadi?





Produk Tenusu


Salam Ceria buat anda yang sudi singgah ke blog superstarvitamin.
Hari ini, Crist akan berkongsi dengan anda mengenai Alahan produk Tenusu  yang mengandungi Laktosa.

Selepas minum susu mahupun makan produk tenusu, perut muala rasa tidak selesa. Perut akan kejang dan berangin. Anda mungkin mengalami cirit-birit. Jika ini terjadi kepada anda, bermaksud anda tidak serasi dengan laktosa. Laktosa adalah gula utama dalam sus dan juga produk tenusu yang lain. Jika anda tidak serasi dengan laktosa, anda tidak boleh mencerna dengan baik. Gejala ini tidak ada penyembuhnya namun terdapat cara menghilangkan gejala-gejalanya dan berasa lebih baik.

Gejala

Lebih kurang 30 minit atau 2 jam selepas memakan produk tenusu, anda akan mengalami satu atau lebih daripada gejala-gejala seperti berikut:-
  1. Kembung Perut
  2. Kejang
  3. Cirit-birit
  4. Angin dalam badan
  5. Loya
Makanan mengandungi laktosa
Produk tenusu seperti susu dan ais krim antara makanan biasa yang tinggi laktosa. Ia juga terdapat dalam makanan pejal seperti :-
  1. Roti dan biskut yang di bakar
  2. Gula-gula
  3. Bijirin
  4. Sos kuah salad
  5. Pil Pencegah kehamilan 
  6. Ubat tablet yang digunakan untuk melegakan asid dalam perut atau angin.  
Penyebab
Anda tidak boleh mencerna laktosa kerana usus kecil tidak menghasilkan laktase iaitu enzime yang mencerna laktosa dengan sempurna. Laktosa yang tidak dicerna menghasilkan angin dalam usus besar. Oleh sebab itu apabila anda mengambil laktosa, anda akan mengalami gejala-gejala.
Bagi kebanyakan orang, tidak serasi laktosa terbentuk secara semulajadi dengan usia kerana usus kecil mula menghasilkan kurang laktosa. Tubuh boleh menghasilkan kurang laktosa jika usus kecil cedera atau mengalami masalah pencernaan tertentu seperti penyakit Crohn atau Celiac. Lebih kurang 75% manusia seluruh dunia mengalami tidak serasi laktosa.

Cara Menangani
Anda boleh memakan sesetengah makanan yang mengandungi laktosa. Anda mungkin memerlukan pendekatan trial dan error untuk mengenal pasti makanan yang sesuai untuk anda. Terdapat banyak pilihan sus bebas laktosa di pasaran. Suplemen enzim laktase juga boleh membantu mendapatkana kebaikkan zat susu terutamanya kalsium dan Vitamin D. Minuman bukan tenusu seperti soya, badam, susu beras mengandungi kalsium dan Vitamin D.
Anda boleh mengambil sedikit susu atau produk tenusu dengan makanan kerana amat muda mencerna laktosa apabila dimakan dengan makanan lain.
Keju, Yogurt dan keju amat mudah dicerna
Gunakan susu bebas laktosa dan produk bukan tenusu lain dalam hidangan anda.

Anda tidak boleh mengubah sejauh mana tubuh mencerna laktosa tetapi anda boleh mengurangkan atau menghentikan gejalanya. Anda boleh berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan untuk membantu merancang pemakanan sihat.

So, be cool dan jangan takut untuk mengambil produk Susu atau Tenusu kerana banyak makanan yang bebas laktosa. Anda juga sudah tahu bagaimana menangani gejala ini. Semoga perkongsian Crist dapat membantu anda memahami gejala yang anda alamai selama ini.





Produk Shaklee Seperti ESP Soy Protein & Cinch Shake Mix bebas Laktosa.

Sekiranya anda ingin mengikuti tip-tips kesihatan dari saya, sila follower saya di google flowers. Tekan Add to circle di sebelah kiri anda di atas page ini. Terima kasih.

Boleh juga add saya sebagai rakan di Facebook Crist Inna

Whatsapp 013-8577278  Crist

Salam Ceria dan Have a Nice Day !

Rahsia Kecantikan Adakah Fakta Atau Auta!


Kita pasti pernah mendengar banyak Mitos mengenai tips kecantikan. Ketahui sama ada ia fakta atau auta!.
Mencari produk murah dan semulajadi pasti menjadi impian kepada sesiapa sahaja kerana ianya menjimatkan dan rasa selamat. Walaupun banyak tips yang dikongsi, ada kalanya kita akan keliru sama ada benar-benar berkesan atau hanya penipuan semata-mata. Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa mitos kecantikan yang mungkin benar-benar fakta ataupun auta.

UBAT GIGI BOLEH MENGHILANGKAN JERAWATFakta!
Sapu ke atas permukaan jerawat sahaja, ubat gigi membantu untuk mengeringkannya, sekaligus mempercepatkan pemulihan. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Jadi pastikan anda sapu di kawasan yang kecil sahaja iaitu di kawasan yang bermasalah sahaja.

JUS LEMON CERAHKAN KULIT DAN RAMBUT
Fakta!
Jus lemon boleh mencerahkan kulit dan rambut. Gunakan jus lemon dengan berhati-hati jika ingin mendapatkan hasil yang semulajadi. Awas! jus lemon yang terkena pada kulit atau rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan atau kekeringan kulit.



TIMUN BANTU KURANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATAFakta!
Kandungan air dalam timun membantu mengurangkan lebam di bawah mata dan pada masa sama, memberi kesegaran pada mata.

CUKUR / WAX MELEBATKAN BULU BADANAuta!
Wax / bercukur untuk membuang bulu badan tidak akan membuatkannya tumbuh semula lebih lebat. Sebenarnya, selepas bulu badan dicukur atau di cabut, ia menjadi kasar. Jadi ia akan kelihatan lebih tebal daripada sebelumnya.

JANGAN BERKONGSI ALAT SOLEKFakta!
Alat solek yang dikongsi menyebabkan pengguna berkongsi bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kulit. jadi, cuba elakkan daripada meminjam sebarang alat solek seperti gincu, atau bedak muka jika ingin selamat.
Jangan gunakan alat solek 'TESTER' sebaliknya gunakan alatan solek sendiri.

JANGAN PICIT JERAWATFakta!
Sebaiknya, jangan usik atau picit jerawat jika tidak mahu ia dijangkiti bakteria. Bakteria boleh merebak kepermukaan yang lain dan menjadikan keadaan semakin teruk. Bersihkan kulit muka anda dengan betul dan biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.

SELULIT HANYA TERJADI KEPADA ORANG GEMUKAuta!
Semua orang mudah mendapat selulit tanpa mengira berat badan. Selulit dipengaruhi jantina, gen serta gaya hidup. Hakikat bahawa anda berbadan kecil mungkin tidak membuatkan anda selamat daripada selulit.

KERAP CUCI MUKA LEBIH BAIKAuta!
Kerap mencuci muka akan menyebabkan kekeringan pada kulit muka. Bahan dalam pencuci akan menyahkan penghalang semulajadi yang melindungi kulit daripada kesan alam sekitar seperti habuk. Pencucian yang betul ialah 2 kali sehari iaitu siang dan malam, cukup untuk menjaga kulit muka dengan baik.

Semoga perkongsia Crist kali ini dapat membantu anda mengetahui sesetengah tips kecantikan fakta ataupun auta.
Nota : Dipetik dari Berita Harian Metro .

Thursday 13 November 2014

Kelebihan Menjadi SID Shaklee





Hai.. Salam Ceria untuk anda !
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda, apa kelebihan kita bila mendaftar sebagai ahli Shaklee.Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan Pengasas Shaklee secara ringkas.


Dr. Forrest C. Shaklee pengasas Shaklee Corporation. Shaklee ditubuhkan pada tahun 1956. Falsafah beliau ialah " Penentu masa depan terbaik anda adalah diri sendiri"

Roger Barnett merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation.




Victor Lim- President Shaklee Malaysia


Okay... sudah kenal orang terpenting di Shaklee, sekarang kita lihat pula apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee.

Sebagai Shaklee Independent Distributor (SID) kita akan dapat pelbagai faedah.


> Dapat harga ahli 15-20% jauh lebih murah dari pasaran.
> Berpeluang memulakan business Shaklee dan menjana pendapatan 4-5 angka sebulan
> Dapat Bonus apabila mencapai point tertentu. 7 bonus kita dapat :
   * Personal Bonus
   * Net Personal Bonus
   * Coordinator Incentive
   * Leadership Bonus
   * Promosi Berkala
   * Untung Runcit / Jualan

Mulakan hari ini sebagai titik permulaan untuk berubah. Hakikatnya masa depan anda akan berubah bermula hari ini kerana anda telah membaca cara untuk menceburkan diri dalam perniagaan global yang berasaskan kualiti, integriti dan kecemerlangan lebih dari separuh abad. Perniagaan ini tidak akan hanya mengubah nasib anda tetapi juga mengubah banyak lagi kehidupan insan lain apabila anda berusaha membawa mereka yang ingin berjaya ke dalam keluarga Shaklee.

Istilah berjaya, sama ada dari segi kesihatan mahupun kekayaan, adalah satu yang amat mengembirakan namun tiada yang lebih membahagiakan daripada kita dapat membantu insan lain mencapai kemuncak potensi mereka. Ini sepatutnya menjadi kegairahan anda sebagai seorang usahawan Shaklee, dan bila anda berbuat demikian, pencapaian dan ganjaran-ganjaran anda secara tidak langsung akan menjadi lebih hebat!

Bermulalah dengan satu azimat kejayaan hari ini. Mulakan dengan MENDAFTAR SEBAGAI AHLI dengan Yuran RM65 sahaja. Suntik semangat dan keazaman dalam mencipta Kisah Kejayaan anda sendiri.



Untuk Mendaftar, boleh hubungi saya melalui :-

SMS / WhatsApp  013-8577278  Crist
Add Facebook Crist Inna

Saya sedia membantu anda!
Kita Jumpa di Punca Kejayaan!

Wednesday 12 November 2014

Manfaat Minyak Ikan kepada Tubuh






Ikan dikenali sebagai makanan sihat. Pelbagai keistimewaan kepada manusia baik isi sampailah ke minyaknya. Berikut adalah antara manfaat daripada ikan.

1. Mencegah penyakit kardiovaskular
kandungan asid lemak Omega-3 di dalam ikan dikatakan berupaya menurunkan tekanan darah, mengurangkan masalah darah beku seterusnya menyihatkan jantung. Secara tidak langsung, ia membantu menghindari penyakit kardiovaskular yang membahayakan.

2. Melawan Penyakit
Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menghidap Kanser terutama sekali di kalangan wanita. Daripada kanser Payu Dara, Kanser Rahim, Kanser Darah, dan sebagainya. Penyakit ini membahayakan kesihatan malah boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dirawat dari awal. Bagaimanapun, risiko mendapatkanya masih boleh dikurangkan dengan mengambil ikan. Kandungan bahan yang terkandung dalam ikan  sangat bagus untuk mencegah penyakit ini daripada berlarutan.

3. Meningkatkan Fungsi Otak
Omega-3 yang terkandung dalam minyak ikan amat baik untuk meningkatkan fungsi otak.

4. Mengurangkan Tekanan
Kesibukan bekerja sepanjang hari boleh meningkatkan tekanan yang dialami. Baik hal kerja, mahupun peribadi, masalah pasti akan tercetus. Pelbagai cara anda perlu lakukan untuk mengurangkan tekanan seperti melakukan rutin yang menyeronokkan, bersenam atau melancong. Dalam sebuah kajian yang pernah dijalankan terdapat bukti bahawa individu yang kerap mengambil ikan dalam pemakanan seharian kurang berisiko untuk diserang tekanan.

Terdapat juga tindak balas yang positif daripada pengguna Omega Guard Shaklee.


ha.. tengok testimoni kakak di atas tu. Selepas 3 bulan ambil Omega Guard, konsisten ambil 1 biji setiap hari tangan kebas-kebas dah pulih, kulit muka cantik kemerah-merahan awet muda gitu.. Muda dari usia sebenar.

Perkongsian Aini Asyrafi pula. Masalah anak-anak berkahak dan nafas berbunyi kuat dah dapat dikurangkan. Malah anaknya rajin belajar.
Omega Guard juga membantu melegakan masalah kulit sensetif. Anak-anak yang ambil Omega Guard, tahap imunisasi badan ditingkatkan. Sebab tu, anak-anak jarang dijangkiti penyakit selesema kerana imun badan sangat baik.

Terdapat banyak lagi perkongsian penguna Omega Guard Shaklee.



Anda sangat bertuah kerana bertemua blog superstarvitamin.blogspot.com kerana pada bulan November 2014, terdapat Promosi Hebat!



Ataupun, Beli 2 botol Omega Guard, dan dapatkan Diskaun 5 % daripada harga biasa.

Tempah Sekarang selagi stok masih ada!

Untuk tempahan produk sila sms / whatsap 013-8577278   Crist

Ataupun add saya di Facebook Crist Inna  sila klik link di sebelah untuk sampai terus ke facebook saya.

Semoga kita bertemu lagi di lain perkongsian.

Salam Ceria.

Nota : Sesetengah info diambil dari Majalah Wanita / info sihat.
            Testimoni di atas tidak menjamin semua individu mendapat kesan yang sama. Ia bergantung kepada penerimaan dan 

            tindak balas badan seseorang.

Tuesday 11 November 2014

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu Dengan Betul






Susu Ibu Membekalkan sumber nutrisi lengkap selain makanan terbaik untuk bayi. Kajian menunjukkan bahawa penyusuan secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 3 bulan boleh mencegah gastroentreritis pada bayi. Bekerja bukanlah halangan untuk ibu-ibu tidak menyusukan bayi mereka degan susu badan. Ibu masih boleh meneruskan pemberian susu ibu walaupun sudah kembali bekerja. Perah susu ibu sebelum bekerja.

Susu ibu perlu disimpan secara teratur bagi memastikan kualiti susu ibu dikekalkan pada tahap maksimum. Faktor kebersihan perlu dititikberatkan agar susu depat diberikan kepada bayi dengan berkualiti. Setiap susu yang di pam perlulah dilabelkan mengikut tarikh dan masa perahan.

Berikut adalah cara penyimpanan perahan susu ibu

> Susu ibu boleh kekal segar sehingga 8 jam pada suhu bilik iaitu 18-22 darjah celcius ( berhawa dingin).

> Jika menyimpan  susu ibu di dalam peti sejuk, di bahagian bawah, susu ibu boleh bertahan sehingga 3 hari.

> Peti sejuk 1 pintu, di bahagian beku, susu dapat bertahan lebih kurang 2 minggu.

> Jika bahagian dingin beku berasingan peti sejuk 2 atau 3 pintu, susu beku boleh bertahan selama 3 bulan.

> Susu ibu boleh bertahan selama 6 bulan jika disimpan di dalam bekas dingin beku yang mempunyai suhu tetap iaitu 19 darjah celcius. Pastikan susu ibu yang akan digunakan dinyahbekukan terlebih dahulu di bahagian bawah peti sejuk semalaman. Keluarkan dari peti sejuk jumlah susu yang akan digunakan sahaja. Rendam bekas susu itu ke dalam air panas utnuk menghangatkan sebelum diberikan kepada bayi.

Pastikan susu ibu tidak dicampur dengan makanan yang lain.



Ada juga ibu-ibu yang mengeluh sebab air susu sikit. Macam bayi tidak kenyang je... Ini biasa terjadi bagi ibu-ibu baru yang melahirkan anak pertama. Eyala.. kan belum ada pengalaman lagi. 2 ke 3 hari memang pengeluaran susu ibu belum lancar. Ibu kena bersabar dan tanamkan niat untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Banyakkan minum air suam (2-3 liter sehari). Kerap menyusukan bayi juga membantu untuk melancarkan penghasilan susu ibu.

Sekiranya anda masih lagi mengalami masalah susu kurang, sila cuba SET MENYUSU Shaklee.
Ramai ibu-ibu yang berjaya menambahkan susu ibu selepas mengambil Set menyusu bajet ini.



Set Menyusu Bajet

ESP membantu susu pekat dan mengalir banyak. Kulit muka semakin berseri-seri selepas mengamalkan ESP.


Untuk Tempahan SET MENYUSU BAJET, sila SMS / WHATSAP 013-8577278 (Crist)
Atau hantar message di FB Crist Inna

Penghantaran terus sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Melalui pos jika anda di luar kawasan Kota Kinabalu.





Monday 10 November 2014

Kenapa Badan Perlu Detox?

Badan




Detox adalah proses pembersihan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum, kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa Vitamin Suplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar yang optimum.

Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan toksin-toksin akan terkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intoksifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin adalah :-


  • Cirit-birit
  • Masalah sembelit
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Mata menjadi kusam
  • Kulit bermasalah / berbintik
  • Sakit oto
  • Masalah saraf
  • Badan dan nafas berbau
  • Mengalami kemurungan

    Dr. Benard Jensun PHD telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, setiap tisu dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu, sistem usus mesti dipulihan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain dilakukan. Pengambilan suplemen juga boleh membantu untuk melakukan proses detox.



    Sekiranya anda selama ini tidak pernah membuang toksin dalam badan, saya sarankan anda mencuba DETOX SET PRODUK SHAKLEE.




    INGAT! TOKSIN PUNCA KEPADA SEGALA MASALAH KESIHATAN!

    BERTINDAK SEKARANG!


    SMS / Whatsap 013-8577278   - Crist

    FB Crist Inna

    Penghantaran Seluruh Malaysia.
    COD area KK, Lintas, Damai, Beverly Hills, Iramanis, Kolombong.
    Di luar kawasan Kota Kinabalu, dihantar melalui Pos Laju.

Sunday 9 November 2014

Tips Kawal Nafsu Makan Khas bagi mereka yang sedang Diet!



Salam Ceria kepada semua pengunjung blog superstarvitamin.

Kali ni, saya nak berkongsi pula, tips kawal nafsu makan.
Sesuai sangat bagi mereka yang sedang mengawal berat badan.

Secara umumnya pengambilan lebih 500 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan sebanyak setengah - sekilogram dalam seminggu atau 2-4kg dalam sebulan. Apatah lagi jika ia tidak disusuli dengan aktiviti kecergasan. Tubuh seseorang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan. Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

KAWAL NAFSU MAKAN ANDA!



Tips untuk anda mengawal nafsu makan




1. Makan setiap 3-4 jamIni adalah cara terbaik untuk kawal nafsu. Kenapa? Dengan kekerapan anda makan setiap 3-4 jam, anda tidak memberi ruang untuk berasa lapar.

2. Banyak minum air kosong
Air kosong mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Ia tidak mengandungi gula dan tidak akan mebuatkan berat badan bertambah.

3. Peraturan 20 minit!Anda memerlukan 20 minit bermula daripada suapan pertama untuk kenyang. Jika anda 'terpaksa' akur dengan nafsu anda, makanlah dengan perlahan-lahan.

4. Katakan TIDAK!
Sebenarnya DIRI SENDIRI yang berperanan untuk mengawal nafsu makan. Anda perlu kuat, komited dan berani mengatakan TIDAK!. Keinginan biasanya timbul akibat keadaan tertentu.
Air (malam) - disebabkan kekurangan garam
Ais Krim - disebabkan kekurangan kalsium
Coklat - disebabkan kurang rasa cinta / hormon tidak stabil.

5. Suplemen membantu
Terdapat pelbagai makanan tambahan yang boleh membantu mengurangkan nafsu makan, antaranya :-

Asid Amino : membantu dalam membekalkan pengeluaran bahan kimia pada otak yang boleh bermodulasi emosi dan nafsu.

B-Kompleks : penting dalam pembentukkan cecair kimia pada otak dan selalunya kurang di dalam diet kita.

Multivitamin : boleh membantu anda tidak terlalu lapar. kebanyakkan mengandungi Vitamin B dan mineral.

Saya ingin berkongsi dengan anda perubahan ketara selepas saya mengamalkan diet yang sihat dan teratur. Pada 2010, berat badan paling ideal 53kg. 30 Ogos 2014, berat 63kg, turun 2kg pada 19 October 2014 setelah saya mengambil set langsing shaklee secara konsisten.
Target saya pada bulan December 2014 nanti ialah mencapai 59kg (mudah-mudahan tercapai)





Testimoni Turun Berat Badan dengan Shaklee




Shaklee

Saya ambil Suplemen di bawah dalam proses penurunan berat badan.

> Cinch Shake Mix - membekalkan protien untuk membina otot
> Herb Lax - melegakan sembelit dan melancarkan proses pencernaan
> Omega Guard - asid amino utk membantu mengawal selera makan
> Alfalfa - detoks badan

Fakta perlu anda ketahui !

Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisma anda.

KEEP MUSCLE YOU HAVE
BURN FAT YOU DON'T NEED
LOSE INCHES YOU DON'T WANT!

Bertindak sekarang!
Amalkan DIET yang betul dan berkesan!



WhatsApp >> 013-8577278

Add saya sebagai friends di FB Crist Inna (klik nama Crist Inna berwarna biru)

Sekian saja perkongsian saya hari ini semoga anda mendapat manfaat apa yang telah saya kongsikan.







Friday 7 November 2014

Tips Membeli Atas Talian Secara Selamat



Kewujudan sistem jual beli atas talian mungkin nampak mudah dan cepat. Persoalannya, adakah kita memperoleh barangan berkualiti setimpal dengan wang dilaburkan?

Jika kita hendak membeli belah atas talian, perlu atau kaedah yang selamat dan selidik dahulu setiap web yang menjanjikan harga barang yang begitu murahagar keselamatan beli-belah terjamin.

Rata-rata pembeli akan membelanjakan RM100-RM300 membeli di internet. Kebanyakkan pengguna juga akan menggunakan sistem kad kredit sebagai langkah pembayaran.Sebelum anda membeli, anda harus meneliti perkara di bawah:-

Tiada Jaminan Pasti
Laman web yang menawarkan perkhidmatan popular dan mudah ini biasanya menjual ratusan koleksi busana atau kelengkapan teknologi harian yang menjadi kegilaan remaja. Namun, apabila diteliti, setiap barangan tidak mempunyai tempoh jaminan yang betul kepada pengguna.

Misalnya, barangan elektrik seperti gajet harus mempunyai jaminan lebih dari 2 tahun. Terdapat juga tempoh jaminan pendek seperti 2-3 minggu sahaja. Barangan ini biasanya diimport dan belum dipastikan ianya berkualiti atau berfungsi dengan baik. Berbanding dengan barangan yang lebih lama tempoh jaminan, biasanya barangan lebih berkualiti dan berfungsi dengan baik.

Kaedah Pembayaran Mencurigakan
Terdapat kes, pengguna mendapat barangan lewat / tidak menerima langsung. Kebanyakkan berlaku kepada pengguna yang menggunakan kad kredit sebagai cara pembayaran. Terdapat pula pengguna malang yang mendapat barangan lain darip"ada yang ditempah.
Buktinya, pada 2011, pihak polis menerima 876 kes penipuan penghantaran bungkusan mebabitkan kerugian RM18.9 juta. Pada 2012, jumlah kerugian meningkat kepada RM34.6 juta walaupun jumlah kes yang dilaporkan menurun kepada 814 kes.

Lebih mengejutkan lagi, terdapat pengguna yang masih belum menerima barangan walaupun sudah lama membuat tempahan melalui kad kredit. Justeru itu, kaedah pembayaran secara kad kredit masih belum selamat.

Perlu Teliti
Setiap barangan perlu dikaji terlebih dahulu sebelum kita membuat pembelian. Kita melaburkan wang yang banyak untuk sesuatu produk, dan produk mestilah berada dalam keadaan baik. Kita membeli mengunakan cara mudah tapi pada masa yang sama, perlu tahu serba sedikit mengenai cara pembelian agar tidak tertipu.

Gunakan kaedah tunai ketika barangan sampai untuk setiap barangan bernilai seperti gajet ataupun barangan elektronik lain. Anda tidak perlu risau jika barangan belum sampai kerana anda masih belum membuat pembayaran.

Pastikan anda sudah membuat kajian mengenai laman web tersebut dan lihat juga testimoni yang dijalankan. Jika terdapat banyak penipuan dan kes barang tidak sampai, maka itu adalah perkara baik yang boleh dijadikan iktibar agar lebih berhati-hati memilih laman web yang menawarkan sistem jual beli atas talian.
seperti kata pepatah "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna".

Ingat! Jangan mudah tertipu dengan tawaran harga yang jauh lebih murah dengan pesaing yang lain. Anda mungkin jadi mangsa penipuan!



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.













Thursday 6 November 2014

Tips Perut kempis dan pejal selepas bersalin

Selamat malam semua..


Masalah Perut Buncit
Sedang rehat-rehatkan diri, saya tergerak hati untuk berkongsi dengan anda semua cara mengatasi perut boroi dan mengeleber... Masalah ni tidak lari dari ibu-ibu yang sudah melahirkan anak. Kalau tidak dijaga semasa berpantang, memang akan terjadi perut buncit dan mengeleber. Sebagai isteri yang suka menjaga penampilan kemas dan teratur, mesti mengidamkan bentuk badan yang asal sebelum bersalin.

Anda mungkin boleh mengikuti tips-tips berikut :-

1. Semasa berpantang, jangan duduk terlalu lama. Anda dinasihatkan berehat di atas katil dalam keadaan berbaring. Ini kerana dibimbangi, peranakan akan jatuh.

2. Jangan lupa susukan bayi yang baru lahir sehingga berumur 2 tahun. Doktor akan sarankan ibu-ibu yang baru bersalin untuk memberikan susu ibu sahaja kepada bayi mereka. Banyak kebaikkan sebenarnya kepada ibu. Jangan takut untuk menyusukan bayi anda. Ramai ibu yang takut memberikan susu ibu, kerana bimbang payu dara akan kendur dan jatuh. Apabila kita menyusukan bayi, hormon dalam badan akan bertindak balas, dan membantu mempercepatkan pengecutan rahim.


3. Pakai bengkung selepas 2 minggu bersalin. selepas jahitan dah pulih. Cara ini memang berkesan! Saya amalkan pemakaian bengkung selepas bersalin anak pertama dan kedua.


4. Pakai losyen selulit (yang ada di farmasi), urut bahagian perut dari bawah ke atas. Jangan sesekali urut dari atas ke bawah! Tambah parah nanti perut mengeleber..

Ambil suplement untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan kembali bertenaga.


Shaklee


Set Bersalin


Whatsap 013-8577278
FB Crist Inna


https://www.facebook.com/messages/crist.inna.37





Wednesday 5 November 2014

Mealshakes Shaklee Multivitamin Lengkap Untuk Kanak-kanak


Shaklee
MealShakes
 Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lain-lain lagi.

Ramai yang beranggapan bahawa Mealshakes hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja! Sebenarnya tidak, Mealshakes ini sesuai untuk semua golongan - kanak-kanak, pelajar, ibu mengandung, para atlet, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segara.

Mesti ramai ibubapa di luar sana yang bimbang anak-anak mereka tidak cukup vitamin kerana anak-anak sekarang ni pandai memilih makanan. Mereka suka makanan yang manis, makanan ringan, dan makanan segera. Mealshakes ada pilihan terbaik untuk anda sekeluarga! Ia mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk nutrisi lengkap.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri. Saya memberikan anak-anak Mealshakes sejak bulan Mac tahun ini sehingga sekarang dan hingga bila-bila..
Dulu, sebelum mereka ambil Mealshakes, mereka sering demam selesema dan batuk-batuk. Mereka juga mengalami masalah sembelit.  Bukan sembelit biasa tau.. Risau juga sebab 2 hari baru nak keluar air besar! Lepas tu, kalau nak buang air besar, kena duduk setengah jam baru siap. Keras dan ketul-ketul keluar. Kesian dengan diorang. Sehinggalah saya bertemu dengan Mealshakes ni, barulah lega perasaan saya... Mereka jarang terkena jangkitan demam selesema,  masuk tandas pun dah setiap hari. Awal pagi bangun saja, terus ke tandas, dan yang paling best! tidak sampai pun 10 minit, sudah panggil mama. "ma.. sudah siap".. Tidak perlu meneran.. lembut ja keluar. tidak berketul-ketul lagi macam dulu.
Satu lagi yang saya sangat tidak sangka kesan pengambilan Mealshakes ni. Kulit mereka halus gebu!
emmm... saya rasa korang sendiri patut cuba!..

Harga sangat berbaloi pula tu.
1 Tong 554g  - RM114 (Seluruh Malaysia)

Sekiranya anda berada di kawasan Kota Kinabalu, saya ada membuat penghantaran terus.
Jika di luar kawasan kk, saya akan pos menggunakan POS LAJU.

Sebarang pertanyaan,
Hubungi saya melalui Whatsapp 013-8577278

Saturday 1 November 2014

Promosi Omega Guard November Buy 6 Free 1

Bertuah bulan November ini.
Omega Guard tengah promosi beli 6 percuma 1.

Omega Guard mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA & DHA.

Apa fungsi Omega?

> Omega untuk kesihatan otak.
> DHA penting untuk penghantaran isyarat-isyarat otak & meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak.
> DHA & gabungan EPA telah terbukti memberi manfaat bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah hiperaktif dan Autisme.



Promosi Twin Pack




Testimoni pengguna Omega Guard

Nota : Testimoni di atas tidak menjamin kesan yang sama kepada semua orang. Ia bergantung juga kepada penerimaan badan seseorang.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiognos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas hanya perkongsian individu tersebut dan tidak disongkong oleh pakar perubatan.

Info lanjut mengenai Omega Guard,
boleh hubungi saya.
Crist
FB Crist Inna
Whatsapp 013-8577278