Friday 14 November 2014

Rahsia Kecantikan Adakah Fakta Atau Auta!


Kita pasti pernah mendengar banyak Mitos mengenai tips kecantikan. Ketahui sama ada ia fakta atau auta!.
Mencari produk murah dan semulajadi pasti menjadi impian kepada sesiapa sahaja kerana ianya menjimatkan dan rasa selamat. Walaupun banyak tips yang dikongsi, ada kalanya kita akan keliru sama ada benar-benar berkesan atau hanya penipuan semata-mata. Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa mitos kecantikan yang mungkin benar-benar fakta ataupun auta.

UBAT GIGI BOLEH MENGHILANGKAN JERAWATFakta!
Sapu ke atas permukaan jerawat sahaja, ubat gigi membantu untuk mengeringkannya, sekaligus mempercepatkan pemulihan. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Jadi pastikan anda sapu di kawasan yang kecil sahaja iaitu di kawasan yang bermasalah sahaja.

JUS LEMON CERAHKAN KULIT DAN RAMBUT
Fakta!
Jus lemon boleh mencerahkan kulit dan rambut. Gunakan jus lemon dengan berhati-hati jika ingin mendapatkan hasil yang semulajadi. Awas! jus lemon yang terkena pada kulit atau rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan atau kekeringan kulit.



TIMUN BANTU KURANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATAFakta!
Kandungan air dalam timun membantu mengurangkan lebam di bawah mata dan pada masa sama, memberi kesegaran pada mata.

CUKUR / WAX MELEBATKAN BULU BADANAuta!
Wax / bercukur untuk membuang bulu badan tidak akan membuatkannya tumbuh semula lebih lebat. Sebenarnya, selepas bulu badan dicukur atau di cabut, ia menjadi kasar. Jadi ia akan kelihatan lebih tebal daripada sebelumnya.

JANGAN BERKONGSI ALAT SOLEKFakta!
Alat solek yang dikongsi menyebabkan pengguna berkongsi bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kulit. jadi, cuba elakkan daripada meminjam sebarang alat solek seperti gincu, atau bedak muka jika ingin selamat.
Jangan gunakan alat solek 'TESTER' sebaliknya gunakan alatan solek sendiri.

JANGAN PICIT JERAWATFakta!
Sebaiknya, jangan usik atau picit jerawat jika tidak mahu ia dijangkiti bakteria. Bakteria boleh merebak kepermukaan yang lain dan menjadikan keadaan semakin teruk. Bersihkan kulit muka anda dengan betul dan biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.

SELULIT HANYA TERJADI KEPADA ORANG GEMUKAuta!
Semua orang mudah mendapat selulit tanpa mengira berat badan. Selulit dipengaruhi jantina, gen serta gaya hidup. Hakikat bahawa anda berbadan kecil mungkin tidak membuatkan anda selamat daripada selulit.

KERAP CUCI MUKA LEBIH BAIKAuta!
Kerap mencuci muka akan menyebabkan kekeringan pada kulit muka. Bahan dalam pencuci akan menyahkan penghalang semulajadi yang melindungi kulit daripada kesan alam sekitar seperti habuk. Pencucian yang betul ialah 2 kali sehari iaitu siang dan malam, cukup untuk menjaga kulit muka dengan baik.

Semoga perkongsia Crist kali ini dapat membantu anda mengetahui sesetengah tips kecantikan fakta ataupun auta.
Nota : Dipetik dari Berita Harian Metro .

No comments:

Post a Comment