Friday 14 November 2014

Kenapa Alahan Laktosa Terjadi?





Produk Tenusu


Salam Ceria buat anda yang sudi singgah ke blog superstarvitamin.
Hari ini, Crist akan berkongsi dengan anda mengenai Alahan produk Tenusu  yang mengandungi Laktosa.

Selepas minum susu mahupun makan produk tenusu, perut muala rasa tidak selesa. Perut akan kejang dan berangin. Anda mungkin mengalami cirit-birit. Jika ini terjadi kepada anda, bermaksud anda tidak serasi dengan laktosa. Laktosa adalah gula utama dalam sus dan juga produk tenusu yang lain. Jika anda tidak serasi dengan laktosa, anda tidak boleh mencerna dengan baik. Gejala ini tidak ada penyembuhnya namun terdapat cara menghilangkan gejala-gejalanya dan berasa lebih baik.

Gejala

Lebih kurang 30 minit atau 2 jam selepas memakan produk tenusu, anda akan mengalami satu atau lebih daripada gejala-gejala seperti berikut:-
  1. Kembung Perut
  2. Kejang
  3. Cirit-birit
  4. Angin dalam badan
  5. Loya
Makanan mengandungi laktosa
Produk tenusu seperti susu dan ais krim antara makanan biasa yang tinggi laktosa. Ia juga terdapat dalam makanan pejal seperti :-
  1. Roti dan biskut yang di bakar
  2. Gula-gula
  3. Bijirin
  4. Sos kuah salad
  5. Pil Pencegah kehamilan 
  6. Ubat tablet yang digunakan untuk melegakan asid dalam perut atau angin.  
Penyebab
Anda tidak boleh mencerna laktosa kerana usus kecil tidak menghasilkan laktase iaitu enzime yang mencerna laktosa dengan sempurna. Laktosa yang tidak dicerna menghasilkan angin dalam usus besar. Oleh sebab itu apabila anda mengambil laktosa, anda akan mengalami gejala-gejala.
Bagi kebanyakan orang, tidak serasi laktosa terbentuk secara semulajadi dengan usia kerana usus kecil mula menghasilkan kurang laktosa. Tubuh boleh menghasilkan kurang laktosa jika usus kecil cedera atau mengalami masalah pencernaan tertentu seperti penyakit Crohn atau Celiac. Lebih kurang 75% manusia seluruh dunia mengalami tidak serasi laktosa.

Cara Menangani
Anda boleh memakan sesetengah makanan yang mengandungi laktosa. Anda mungkin memerlukan pendekatan trial dan error untuk mengenal pasti makanan yang sesuai untuk anda. Terdapat banyak pilihan sus bebas laktosa di pasaran. Suplemen enzim laktase juga boleh membantu mendapatkana kebaikkan zat susu terutamanya kalsium dan Vitamin D. Minuman bukan tenusu seperti soya, badam, susu beras mengandungi kalsium dan Vitamin D.
Anda boleh mengambil sedikit susu atau produk tenusu dengan makanan kerana amat muda mencerna laktosa apabila dimakan dengan makanan lain.
Keju, Yogurt dan keju amat mudah dicerna
Gunakan susu bebas laktosa dan produk bukan tenusu lain dalam hidangan anda.

Anda tidak boleh mengubah sejauh mana tubuh mencerna laktosa tetapi anda boleh mengurangkan atau menghentikan gejalanya. Anda boleh berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan untuk membantu merancang pemakanan sihat.

So, be cool dan jangan takut untuk mengambil produk Susu atau Tenusu kerana banyak makanan yang bebas laktosa. Anda juga sudah tahu bagaimana menangani gejala ini. Semoga perkongsian Crist dapat membantu anda memahami gejala yang anda alamai selama ini.





Produk Shaklee Seperti ESP Soy Protein & Cinch Shake Mix bebas Laktosa.

Sekiranya anda ingin mengikuti tip-tips kesihatan dari saya, sila follower saya di google flowers. Tekan Add to circle di sebelah kiri anda di atas page ini. Terima kasih.

Boleh juga add saya sebagai rakan di Facebook Crist Inna

Whatsapp 013-8577278  Crist

Salam Ceria dan Have a Nice Day !

No comments:

Post a Comment