Friday 7 November 2014

Tips Membeli Atas Talian Secara Selamat



Kewujudan sistem jual beli atas talian mungkin nampak mudah dan cepat. Persoalannya, adakah kita memperoleh barangan berkualiti setimpal dengan wang dilaburkan?

Jika kita hendak membeli belah atas talian, perlu atau kaedah yang selamat dan selidik dahulu setiap web yang menjanjikan harga barang yang begitu murahagar keselamatan beli-belah terjamin.

Rata-rata pembeli akan membelanjakan RM100-RM300 membeli di internet. Kebanyakkan pengguna juga akan menggunakan sistem kad kredit sebagai langkah pembayaran.Sebelum anda membeli, anda harus meneliti perkara di bawah:-

Tiada Jaminan Pasti
Laman web yang menawarkan perkhidmatan popular dan mudah ini biasanya menjual ratusan koleksi busana atau kelengkapan teknologi harian yang menjadi kegilaan remaja. Namun, apabila diteliti, setiap barangan tidak mempunyai tempoh jaminan yang betul kepada pengguna.

Misalnya, barangan elektrik seperti gajet harus mempunyai jaminan lebih dari 2 tahun. Terdapat juga tempoh jaminan pendek seperti 2-3 minggu sahaja. Barangan ini biasanya diimport dan belum dipastikan ianya berkualiti atau berfungsi dengan baik. Berbanding dengan barangan yang lebih lama tempoh jaminan, biasanya barangan lebih berkualiti dan berfungsi dengan baik.

Kaedah Pembayaran Mencurigakan
Terdapat kes, pengguna mendapat barangan lewat / tidak menerima langsung. Kebanyakkan berlaku kepada pengguna yang menggunakan kad kredit sebagai cara pembayaran. Terdapat pula pengguna malang yang mendapat barangan lain darip"ada yang ditempah.
Buktinya, pada 2011, pihak polis menerima 876 kes penipuan penghantaran bungkusan mebabitkan kerugian RM18.9 juta. Pada 2012, jumlah kerugian meningkat kepada RM34.6 juta walaupun jumlah kes yang dilaporkan menurun kepada 814 kes.

Lebih mengejutkan lagi, terdapat pengguna yang masih belum menerima barangan walaupun sudah lama membuat tempahan melalui kad kredit. Justeru itu, kaedah pembayaran secara kad kredit masih belum selamat.

Perlu Teliti
Setiap barangan perlu dikaji terlebih dahulu sebelum kita membuat pembelian. Kita melaburkan wang yang banyak untuk sesuatu produk, dan produk mestilah berada dalam keadaan baik. Kita membeli mengunakan cara mudah tapi pada masa yang sama, perlu tahu serba sedikit mengenai cara pembelian agar tidak tertipu.

Gunakan kaedah tunai ketika barangan sampai untuk setiap barangan bernilai seperti gajet ataupun barangan elektronik lain. Anda tidak perlu risau jika barangan belum sampai kerana anda masih belum membuat pembayaran.

Pastikan anda sudah membuat kajian mengenai laman web tersebut dan lihat juga testimoni yang dijalankan. Jika terdapat banyak penipuan dan kes barang tidak sampai, maka itu adalah perkara baik yang boleh dijadikan iktibar agar lebih berhati-hati memilih laman web yang menawarkan sistem jual beli atas talian.
seperti kata pepatah "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna".

Ingat! Jangan mudah tertipu dengan tawaran harga yang jauh lebih murah dengan pesaing yang lain. Anda mungkin jadi mangsa penipuan!



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.













No comments:

Post a Comment