Saturday 13 December 2014

Risiko Kekurangan Nutrisi

Akibat kekurangan nutrisi
Salam ceria dan bertemu kembali kepada anda semua.
Crist kali ini akan berkongsi sedikit info mengenai gejala kekurangan nutrisi dan risiko kekurangan nutrisi dalam tubuh badan.


Makanan merupakan kepentingan asas manusia dan penting bagi memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Dalam setiap makanan, ia mengandungi sekurang-kurangnya 1 jenis nutrien.

Jenis-Jenis Nutrien
> Karbohidrat
> Protien
> Lemak
> Vitamin
> Mineral

Karbohidrat
Secara amnya, karbohidrat penting sebagai sumber tenaga. Sumber karbohidrat dalam makan seperti gula, madu, jam, buah-buahan, roti, jagung, mi kuning dan banyak lagi.
Sekiranya karbohidrat dalam diet tidak cukup, tubuh menukar protien kepada glukosa supaya tenaga dapat dibekalkan. Glukosa mempunyai pengaruh yang khusus, iaitu penting bagi mengawal keutuhan tisu saraf dan satu-satunya sumber tenaga bagi otak. Kekurangan glukosa ataupun oksigen bagi pengoksidaan, merosakkan otak dan keadaan ini tidak mungkin dapat dipulihkan.


Protien
Protien merupakan bahan asas bagi pembentukkan badan. Setiap aktiviti dan fungsi fisiologi dalam badan manusia dijalankan oleh protien. Tanpa protien, badan kita runtuh seumpama runtuhnya rangka keluli pada bangunan. Protien juga terlibat dalam fungsi sistem imun badan. Protien akan bergabung dengan antibodi bagi membawa keluar toksin daripada badan. Sumber protien seperti daging haiwan dan kekacang.

Lemak Lemak tidak larut dalam air. Ia penting dalam pembentukkan tisu dan sel badan serta sebagai sumber tenaga badan yang utama. Lemak penting dalam badan, tetapi boleh menyebabkan pelbagai penyakit sekiranya berlebihan ataupun kekurangan. Terdapat 2 jenis lemak iaitu Lemak Jahat (LDL) dan lemak baik (HDL). Tahukah anda? Lemak membekalkan 40% tenaga kepada tubuh. Lemak juga membantu pengangkutan dan penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A,D,E & K. Sumber lemak seperti kuning telur, hati, ginjal, telur ikan, keju dan mentega.

Vitamin
Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit.
Antara vitamin yang diperlukan oleh tubuh ialah Vitamin A, B, C, D, E & K. Vitamin A, D, E. & K merupakan vitamin larut dalam lemak. Vitamin ini dapat disimpan dalam lemak dan tidak perlu diambil / dibekalkan setiap hari.

Risiko Kekurangan Vitamin dalam badan

* Kekurangan Vitamin A - menyebabkan pertumbuhan tulang terencat / menyebabkan perubahan bentuk tulang.

* Kekurangan Vitamin D - sama gelaja dengan kekurangan kalsium. Tulang tidak dapat membentuk secara normal. Tulang menjadi lembuh, lemah dan mudah patah.

* Kekurangan Vitamin E - ia menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan, bayi tidak cukup berat atau kanak-kanak yang sistem tubuhnya tidak menyerap bahan berlemak dengan sempurna. Kekurangan vitamin ini juga boleh menyebabkan kecacatan sistem saraf. Bagi golongan wantia, kekurang vitamin ini boleh menyebabkan kemandulan, penuaan kulit sebelum masa, rambut gugur dan Anemia.

* Kekurangan Vitamin K - darah tidak dapat membeku. Boleh menyebabkan pendarahan pada gusi, hidung, usus dan salur kencing. Walau bagaimanapun, jarang berlaku kekurangan vitamin K, hanya terjadi kepada bayi kerana sistem pencernaan bayi yang baru lahir tidak mengandungi bakteria yang dapat mensintesiskan vitamin K.

*Kekurangan Vitamin B - Badan cepat letih, hilang selera makan, sering gelisah, mengalami gangguan tidur, sakit pada bahagian abdomen, sembelit dan gangguan mental / emosi dan Anemia (Kurang sel darah merah dalam badan).


* Kekurangan Vitamin C - Belaku pendarahan disekitar gigi, bengkak gusi. Boleh menyebabkan penyakit Skuvi ( pendarahan pada badan, lebam-lebam dan gusi berdarah, gig mudah tercabut, pendarahan ke dalam otot dan sendi). Gejala lain ialah kulit kasar, luka lambat sembuh, sering diserang infeksi dan lemah sistem imunisasi badan.

* Kekurangan Mineral - tahap metabolisma yang rendah, lemah badan, lemah otot, masalah jantung, kurang selera makan, tulang rapuh dan mudah patah dan banyak lagi.

Keperluan Nutrisi dapat dipenuhi dengan mengambil diet yang mengabungkan kesemua makanan dalam Piramid Makanan.




Piramid Makanan adalah panduan bagi memilih makanan secara sihat. Diet sihat penting bagi membekalkan nutrien dan kalori. Makanan yang sihat juga mempunyai kandungan serat yang tinggi dimana bertindak sebagai melawaskan air besar, mengurangkan sembelit, penyakit usus, buasir dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat menghilangkan dahaga dan rasa lapar, merangsang dan melawaskan sistem penghadaman, membantu mencegah sembelit dan membantu mencegah penyakit kanser. Namun begitu, beberapa faktor perlu dititikberatkan semasa pengambilan makanan iaitu faktor jantina, umur, saiz badan, berat badan, aktiviti / pekerjaan, iklim, taraf kesihatan dan kumpulan tertentu misalnya ibu mengandung, ibu menyusu dan kumpulan vegetarian.


Crist harap segala perkongsian ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua.

MAKAN SECARA SEDERHANA,
BADAN SIHAT, MINDA CERDAS!

Sekiranya anda mengalami simptom kekurang vitamin seperti di atas, anda boleh dapatkan vitamin / makanan tambahan dari PRODUK SHAKLEE. ANTARA PRODUK SHAKLEE :-




Vivix Shaklee- sumber antioksidan yang terbaik!
Vita - Lea - Multivitamin terbaik
Vitamin C 
B Complex 
Vitamin E


> Vivix
> Vita-Lea
> Vitamin C
> B Complex
> Vitamin E
dan banyak lagi.

Untuk Tempahan :

Whatsapp terus - 013-8577278 / Crist

Senarai harga produk ada di bahagian menu atas.



Sekiranya anda ingin mengikuti info semasa dari saya, sila klik flowwers di bahagian atas, sebelah kiri anda.

Ataupun add saya sebagai rakan di Facebook 


 Crist Inna

WhatsApp / 013-8577278 / Crist



No comments:

Post a Comment